Hye, assalamualikum & happy Monday! =)
Psst, psst, psst! Izinkan saya bercerita sebuah kisah hari ini? Boleh kan? Takkan tak boleh! Watak utama kisah tu adalah AKU dan Syiera. Tak ada orang lain!
Cerita dia macam ni, hari Jumaat minggu lepas masa nak balik rumah sama-sama ngan Syiera hari tu dia tanya aku jadual waktu kelas tambahan untuk minggu ni. So, aku bagi tahu lah. And guess what? Aku bagi tahu kelas tu mula pukul 7.30. Sedangkan sebenarnya kelas mula pukul 8.30. Hah! Memang sangat BERJAYA aku bagi tahu dia dengan semangat pulak tu! Dengan cikgu-cikgu yang ajar pon aku bagi tahu dia! HAHA. *Bapak malu!
Pagi tadi kita pergi sekolah sama-sama & sampai sekolah pukul 7.30, tepat pulak tu! Eh, eh! Tak tepat! Pukul 7.35 macam tu lah kita sampai. dah lah sebelum tu kiteorang berlari anak sebab dah 7.27 sebab takut lambat. Sampai sekolah je, kawasan sekolah lengang gila. Kita ingatkan kelas dah mula. Sampai depan kelas je, teneeetttt! TAK ADA ORANG! Hah sekali lagi!
Lepas tu kita rasa pelik, 'Kenapa tak ada orang?' 'Takkan tak datang?' 'Bukannya budak-budak lain kata nak datang ke?' Lepas tu, kita meluahkan perasaan geram sebab ingatkan yang lain lambat. Sebab cikgu pon tak ada lagi weh! HAHA. Lepas tu Liyana dah sampai sekolah and kita tanya dia.
AKU : Bila kelas start sebenarnya weh?
Liyana : Pukul 8.30 kan?
So, apa lagi? Terbahak-bahak lah aku ngan Syiera kat situ. Sumpah bongok gila aku ni! Dah lah aku sendiri yang salin jadual waktu kelas tambahan dekat white board siap ngan masa, subjek ngan guru yang ajar lagi.
Nak jadi kan benda ni lagi teruk, Zaharah pon ada post jadual waktu tu dekat Facebook bagi tahu other classmates. Aku online Facebook punya lah lama semalam, tak nak try mengahayati post tu. *Degil punya pasal ! HAHA. Masa satu jam nak tunggu 8.30 tu kiteorang tawaf satu sekolah sambil bergosip. *Bapak bosan time tu. Grrrrrr betul lah aku ni!
Lepas classmates yang lain sampai, kita diam je. Tak bagi tahu dieorang pasal benda ni. Buat apa nak cerita? Buat malu je! Tapi siapa yang baca ni, let it be as a secret. Okay? Aku ni pagi-pagi hari Isnin je, aku dah buat benda yang memalukan diri sendiri. HAHA. Time kita nak pergi sekolah pon ada benda kelakar terjadi kat kiteorang. Tapi tak nak cerita. Menambah malu je! Actually, aku tabik ngan Syiera sebab dia tak marah pon kat aku. Sayang dia! <3 THE END!
P/s: Tolong jangan jadi macam aku. :D
Bye & asslamualikum!

