My photo
Misriyah. Proudly 17. Proud to be Malaysian and SEMERBAK-ian. Still spending my precious time as an ordinary teenager in Gombak. :)
As I lay down under the spread of night,I witness how the moon goes to hide,Dark clouds blanket it to sleep,Sending it away into the deep.Down here I am not even allowed a peak,But this is not what I actually seek,And then I saw what I came to see,A howling wind came by as a key.The dark clouds were blown off and light was unleashed,And so I got the answer to my grieves,That as dark is conquered by light,Same way evil is going to be defeated by what is right.Truth will triumph,And soon.. the victory will come!



Tuesday, May 31, 2011

Angan-angan Cuti Pertengahan Tahun.

Assalamualaikum & a very good evening on Tuesday! 
'Angan-angan Cuti Pertengahan Tahun'.


Sebelum cuti hari tu, ada terniat nak buat benda-benda ni.

  1. Update homework yang terbengkalai *Nampak sangat pemalas!
  2. Siapkan semua kerja bekalan cuti. 
  3. Baca Sej, Chemist, Bio & Physics Form 4 punya tajuk.
  4. Buat Addmath Project Work
Hari ini dah masuk 2nd day cuti pertengahan tahun, satu benda yang aku list kat atas tu tak ada pon yang aku dah buat, nak start pon belum. Niat je nak hebat! Tapi niat yang baik pon dapat pahala en? Haih! Bila lah aku nak start? Asyik online je memanjang, kalau online nak cari maklumat pasal project Addmath tu tak apa lah. 

Ini tak, on computer je log in Facebook. Yang aku buat kat Facebook tu kalau berguna tak apa lah.

 'Misriyah oh Misriyah, bila la kau nak sedar yang kau tu SPM?' 'Tinggal beberapa bulan je lagi! WAKE UP MISRIYAH!' 'Dah lah kau time periksa pertengahan tahun hari tu kau buat sambil lewa!' 

I really needs some motivation from someone yang bagi motivation yang betul. Ada jugak orang bagi motivasi yang asyik perli orang je kerja. Baik diam je lah! Sebab tu lah kalau ada orang desak pasal SPM, memang aku akan rasa tak sedap hati  sebab aku tak ready! 

Harap-harap semangat nak belajar datang balik, dulu ada tao sekarang dah hilang dah. Terbang entah ke mana pon aku tak tahu. =( 

Bye korang & Assalamualikum.